Mental , Emotion, Physical & Social

M.E.P.S Concept TRAINING

Konsep M.E.P.S ini telah dicipta oleh (Dr) Hajah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir sejak tahun 1996 dan telah banyak diguna pakai oleh pelbagai pihak yang mengikuti program-program motivasi kendalian beliau. 

PENGENALAN

M.E.P.S Concept

Konsep M.E.P.S ini telah dicipta oleh (Dr) Hajah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir sejak tahun 1996 dan telah banyak diguna pakai oleh pelbagai pihak yang mengikuti program-program motivasi kendalian beliau. 

M.E.P.S konsep ini juga menjadi perhatian dunia apabila ia diguna pakai dengan jayanya oleh beliau dalam mengharungi Ekspedisi Antartika 2004 dan Ekspedisi Kutub Utara 2007 sehingga mencipta rekod dunia sebagai umat Islam pertama merentasi kedua-dua kutub.

Pengalaman sendiri ini merupakan satu testimoni yang sangat menyakinkan. Konsep M.E.P.S mengajar penggunaan kuasa mental yang positif dan dapat menggerakkan perasaan yang juga positif sehingga mampu melakukan satu tindakan yang bijak dan produktif serta mendapat hasil sosial yang dinamik.

Berminat Menguasai MEPS CENCEPT

M.E.P.S CONCEPT pada kebiasaannya merupakan program yang dibuat secara terperinci dan ‘customized” atau “tailor made” untuk para pelanggan kami.

MEPS CONCEPT -DR SHARIFAH MAZLINA-03
APA MAKSUD MEPS ?

M.E.P.S Concept

M = mean Mental (power and strength of mind)

E = mean Emotion (including spiritual aspects as well)

P =mean Physical (ability and endurance of the body)

S = social meaning (ability and intellectual “net working”)

3 FOKUS UTAMA ILMU MEPS CONCEPT

  1. Kesedaran dan kemahuan melakukan ANJAKAN PARADIGMA
  2. Kesedaran dan kemahuan untuk keluar dari  ZON SELESA
  3. Kesedaran dan kemahuan untuk MEMAKSIMAKAN  POTENSIDIRI

Ini adalah 3 fokus utama pengajaran ilmu M.E.P.S. Ini adalah kunci kekuatan dan kejayaan seseorang dan ia harus diterapkan dalam setiap program yang dilakukan. Sekiranya seseorang peserta mampu menghayati 3 modul utama ini , maka akan mudahlah individu tersebut menghayati apa juga program, krusus dan modul lain yang hendak diterapkan.

M.E.P.S CONCEPT HOLDINGS SDN BHD selaku konsultan biasanya mencadangkan agar penganjuran Kursus Latihan M.E.P.S dibuat dengan terancang dari pengendalian kursus, bengkel, projek dan majlis graduasi dianjurkan dengan sempurna untuk mendapatkan impak yang berkesan dan dinamik serta mengkhusus kepada visi dan misi korporat syarikat sebagai klient. M.E.P.S CONCEPT pada kebiasaannya merupakan program yang dibuat secara terperinci dan ‘customized” atau “tailor made” untuk para pelanggan kami. Semuanya berdasarkan “Training Needs Analysis (TNA)” terlebih dahulu dan baharulah di sudahkan dengan modul yang dicipta khas untuk sesebuah syarikat atau mana-mana pelanggan yang berminat.

 Pada keseluruhannya boleh di katakan setiap modul telah mencapai sasaran TNA dan kepuasan dari aspek kejayaan perlaksanaan serta keberkesanan terhadap pelanggan.

Berminat Menguasai MEPS CENCEPT

M.E.P.S CONCEPT pada kebiasaannya merupakan program yang dibuat secara terperinci dan ‘customized” atau “tailor made” untuk para pelanggan kami.

Objektif program M.E.P.S Concept

 

  1. Membentuk keyakinan dan jati diri yang tinggi dikalangan pekerja untuk menceburi sepenuh hati bidang pekerjaan agar tidak mudah kecundang dengan tekanan kerja dan rakan setugas.
  2. Mengajar peserta untuk menggunakan M.E.P.S CONCEPT ini yang mudah diingati untuk menjadi satu formula dalam  kehidupan seharian dan pekerjaan sebagai pemangkin motivasi kendiri tanpa perlu mengharapkan orang lain untuk terus memberi sokongon moral dan galakan untuk berjaya.
  3. Membantu peserta untuk menjadi seorang individu/pekerja yang penuh berilmu dalam menghadapi cabaran dan rintangan asam garam bidang pekerjaan / kehidupan serta bersedia dari mengalami kejutan budaya yang indah khabar dari rupa berbanding realiti sebenar dunia pekerjaan.
  4. Membantu peserta mempunyai daya juang, daya saing, daya tahan dan kekuatan secara Mental, Emosi dan Spiritual, Fizikal serta hubungan sosial yang mampat dan ampuh untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan  mereka yang telah berjaya.
  5. Benar-benar dapat melahirkan individu yang cemerlang dan ada kesungguhan untuk terus bertahan sehingga mampu mempunyai mata pencarian yang stabil dari usaha ini.
  6. Memberi pengetahuan asas yang kukuh aspek-aspek penting bidang asas berdikari dan berjuang dalam industri masing-masing. Memahami apa yang mereka buat dan mengetahui apa kah syarat-syarat dan kualiti menjadi seorang yang cemerlang dan mampu berfikir diluar kotak fikiran.

CLIENT LIST

CLIENT MEPS CONCEPT 1

HUBUNGI KAMI

(Visited 514 times, 1 visits today)
Scroll to Top